08 Disember 2011

Begedil Kentang...







Begedil Kentang....sdpnyaaa....slalu mkn bnda ni klu d KL,Shah Alam...
tp d KK jarang tul Aku jumpa...kecuali di Kak Min Cafe & Catering(itu owner dia...) rumah pangsa...


rupanya senang jak buat..suma benda ni ada kat umah except daun bawang...kena beli d kedai2 berhampiran anda...;)



BAHAN-BAHANNYA:
  • 3 biji kentang saiz besar
  • 1 biji bawang besar - dicincang
  • 2 pokok daun bawang - dihiris nipis
  • 2 biji telur
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng

CARA-CARANYA:
  • Kupas kulit kentang dan dipotong dadu besar2, cuci dan toskan airnya.
  • Panaskan minyak secukupnya dan gorengkan kentang tadi hingga masak, angkat kentang dan toskan minyaknya.
  • Simpan lebihan minyak tadi untuk menggoreng bergedil.
  • Lecek kentang dan masukkan kedalam mangkuk besar, kemudian masukkan juga bawang, daun bawang, 1 biji telur dan sedikit garam, gaul hingga betul2 rata.
  • Ambil sedikit campuran kentang tadi dan bentukkan seperti bebola, leperkan sedikit, buat hingga habis.
  • Panaskan semula lebihan minyak tadi.
  • Pukul 1 biji telur dan celupkan bergedil tadi kedalam telur kemudian gorengkan bergedil sehingga garing, buat proses yang sama hingga habis.



siappppp....;)








** blh tmbah isi ayam  ka...daging ka..ikut suka la...supaya tmbh sedap..yummyy...



>> hopefully aku akan buat....Insyaallah...;)



***** dah buat kemarin...alhamdulillah, jadi,,,walaupon comel2...puas hati...kbai..;)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan